Thursday, August 26, 2010

Ramadhan datang lagi..


Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia..kita akan kerugian seandainya tidak dapat menghargai bulan ini yg hanya sekali setahun. Pada bulan ini Syaitan2 diikat dan pintu2 syurga dibukakan serta pintu2 neraka ditutup. Perbanyakanlah ibadat dan sedekah pada bulan yang mulia ini. Semoga kita sentiasa diberkati Allah S.W.T..terdapat banyak hikmah diwajibkan berpuasa antaranya pada bulan ini kita diuji dengan lapar n dahaga, saat inilah kita akan merasai bagaimana perasaan insan yg terpaksa mengikat perut krn tidak mempunyai wang untuk membeli makanan..disaat ini jugalah kita akan betul2 menghargai makanan & minuman..kita diuji dengan hawa nafsu yg tiada sempadan dan yang sentiasa inginkan kepuasan tetapi akhirnya kita juga yg mengalami kerugian.Adakah kita ini manusia yg bersyukur seandainya selalu membazir?adakah kita ini manusia yg bersyukur seandainya slalu merasa tidak puas?sama2 lah kita fikirkan. Sejauh mana kita memupuk sikap bersyukur di dalam dri kita. Orang yg btl2 beriman tidak akan sesekali lupa siapa yang telah memberikan rezeki n siapa yg berhak untuk mengambilnya kembali..semuanya adalah Allah S.W.T. Bulan Ramadhan ini dapat mendidik kita untuk menjadi manusia yg bersyukur. Apabila kita menahan diri dari lapar dan dahaga kita akan sentiasa menyebut "ya Allah dahaganya" "ya Allah laparnya" hanya saat inilah kita kembali kepadaNya. Sememangnya kita sentiasa alpa apabila mendapat kesenangan dan apabila mendapat musibah, terus kembali kpd pencipta. 
Pada bulan Ramadhan terasa ketenangan dan kebahagiaan. Bila dh abis je bulan Ramadhan terasa sayu sngt. Adakah kita masih berkesempatan untuk berjumpa ngan Ramadhan pd thn hadapan??..

7 golongan dilindungi Allah S.W.T..

Hadis Sahih Bukhari, daripada Abu Hurairah RA, dri Nabi SAW, baginda bersabda: 7 golongan dilindungi Allah S.W.T di bawah lindungan-Nya pada hari yang tidak ada lindungan selain lindungan-Nya:

  • Imam ( pemimpin ) yang adil.
  • Pemuda yang hidup dlm beribadat kepada Allah S.W.T
  • Orang yang mengingati Allah S.W.T ketika bersendrian lalu menitis air matanya.
  • Orang yg hatinya tergantung pd masjid.
  • Dua org yg saling berkasih syg krn Allah semata-mata.
  • Lelaki yg digoda oleh perempuan berdarjat yg cantik, tetapi dia mengatakan "aku takutkan Allah S.W.T.
  • Orang yg bersedekah dan menyembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang dibuat oleh tangan kanannya.

Sunday, August 22, 2010

CINTA...


          Cinta adalah satu perasaan yang lahir dari hati yang dianugerahkan oleh Maha Pencipta. Setiap manusia akan merasai cinta tetapi berbeza dari perspektif masing-masing bagaimana untuk merasai dan mendalami cinta itu sendiri. Cinta itu sendiri terlalu luas. Apabila dikatakan sahaja pasal cinta mestilah kita terbayangkan kasih sayang seorang lelaki kepada seorang wanita dan sebaliknya tetapi adakah setiap cinta itu akan mengecapi kebahagian sehingga ke jinjang pelamin seperti yang diidam-idamkan oleh setiap manusia. Kita sebagai khalifah dimuka bumi ini telah diberi pilihan utuk mengatur hidup sendiri mengikut syariah Islam. Cinta mengikut Islam adalah kerana Allah S.W.T semata-mata,bukannya kerana nafsu yang selalu tidak cukup dan ingin yang lebih dari orang lain. Di dalam dunia hari ini, manusia terlalu obses dengan cinta sehinggakan mereka fikir demi cinta mereka sanggup melakukan apa sahaja. Mereka berpendapat cinta itu betul-betul membahagiakan.Seperti kata penulis barat Harry Emerson Fosdick yang bermaksud“kepahitan memenjara kehidupan, cinta membebaskan,kepahitan melumpahkan kehidupan,cinta memberi kekuatan,kepahitan mendukakan kehidupan,cinta memaniskan,kepahitan menyakitkan kehidupan,cinta menyembuhkan,kepahitan membutakan kehidupan, cinta mencelikkan”.

            Cukupkah hanya dengan cinta, kita akan mengecapi kebahagiaan?cukupkah hanya dengan cinta, kita akan mendapat kepuasan dalam kehidupan?cukupkah hanya dengan cinta, kita akan mendapat keluarga yang bahagia dan sempurna?. Sama-samalah kita renungkan adakah kita akan dapat semua ini hanya dengan cinta yang tidak mengikut syariah. Islam juga membolehkan bercinta tetapi mengikut syariah bukannya mengikut hawa nafsu. Dengan bercinta kerana Allah S.W.T kita akan mendapat cinta yang hakiki bukannya cinta yang menyakitkan dan mengecewakan kita. Baru-baru ini Malaysia dikejutkan dengan satu fenomena iaitu pembuangan bayi. Ini semua terjadi kerana wujudnya cinta yang terlarang dan didorong oleh nafsu. Remaja-remaja yang terlibat ini ingin merasai nikmat bercinta tetapi tersalah landasan. Banyak faktor yang menjadi punca kes-kes seperti ini berleluasa contohnya kurang didikan agama dan perhatian dari keluarga. Sekarang adalah zaman serba moden dan canggih, maka setiap ibu bapa akan berusaha yang terbaik untuk memberikan kemewahan kepada anak-anak tetapi mereka terlupa bahawa tiang utama pendidikan adalah didikan agama bukannya didikan sosial atau teknologi. Apabila seseorang remaja banyak didedahkan dengan ilmu agama,maka mereka akan sentiasa berwaspada dan takut pada dosa dan neraka. Tanpa didikan agama kita semua akan hanyut dalam dunia sendiri. Cinta sebenarnya tidak salah tetapi manusia yang tidak tahu untuk menghayati dan memahami semuanya. Selain pembuangan bayi, kes perceraian juga semakin berleluasa. Ini semua berlaku kerana tersilap dalam memilih cinta atau tersalah faham erti cinta. Dengan ini terbuktilah bahawa cinta itu buta. Demi cinta kita menjadi buta dalam memilih yang mana terbaik untuk hidup kita. Sebagai contoh berkahwin atas dasar cinta tetapi tidak kerana Allah S.W.T dan selepas kahwin mulalah berlaku salah faham tetapi tidak ada kesabaran dan ilmu untuk mengatasi atau menyelesaikan masalah tersebut maka akan berlakulah perceraiaan.


            Kesimpulanya adalah cinta tidak akan merosakkan individu yang mengikut syariah dan beriman kepada Allah S.W.T. Jika kita menghayati cinta itu dengan cara yang betul, kita akan dapat menikmati cinta sejati dan hakiki. Dua orang yang saling berkasih sayang kerana Allah S.W.T semata-mata adalah tergolong di dalam golongan yang dilindungi (Hadis sahih Bukhari). Ingatlah satu perkara iaitu cintakan bunga,bunga akan layu,cintakan manusia,manusia akan mati dan cintakan Allah S.W.T itulah cinta yang hakiki.
                                                                         

Friday, August 20, 2010

first time msuk bendang..syokkkkkkk!!!!

ni la family angkat tihat...
  Tanggal 29 Julai 2010, tihat join bakti siswa kt Kg.Bendang Baru. Ni la first time join bakti siswa setelah hmpir 4 thn di UUM. Excited gak tp 2 la bimbang ttp ade..bile mintak izin ngan umi die x brape nak izinkan pas2 ble dh bodek2 brulah diizinkan. Ramai kwn2 yg rapat ngan tihat join so bestlah ckit..de latifah,umi, saidah, k.ila, angah,azli,fakhrul,najdi,sood n ramai lg la. Yang pastinya sme bdk muamalat la 2 yg buatkan kteorg lg rapat..junior2 pun ade smenya sporting. Tihat dpt 1 family ngan puan halimah n ahmad dahlan. Adik beradik tihat pula ialah k.dayah n hazwani. Smenya sporting..
eeee rse cm smthing lembik2...hehe

 Ditempat org bnyak pengalaman yg bleh kte pelajari. Tentang khdupan,tntng pengorbanan n mcm2 lg. klu kte x kluar dr tmpt sndri pasti kte x kn dpt rasai sme 2..khdupan ini btl2 anugerah bg kte. kte diberi peluang tuk create sndri khdupan tetapi mestilah berlandaskan syariah n x mlampaui bts. kte hanyalah hamba so jgn berlagak nak jd tuan. berdosa tau..nantikan jd hamba yg x bersyukur. Allah S.W.T x ske pd org yg sombong n bongkak..

frenzzzzz 4 ever..

ngan latifah sarwani kt dpn Muzium Padi....
  Sahabat adalah anugerah yg x ternilai dlm hdp tihat..tanpa shbt tihat x mampu tuk tersenyum n hepy seperti skrg..mmg kte bleh hdp berdikari ttapi knp kte nak sia2kan ape yg Allah S.W.T brikan kpd kte.hdp x brape lengkap tnpa teman d'sisi. Inilah peranan seorg teman. Dialah penghibur ktika kte berduka n dialah yg akn support kte ble sedih. Kita sbgai manusia perlukan teman walaupun kte x kn jmpe teman yg begitu perfect. Realitinya sbgai mnusia kita x pernah puas ngan ape yg kita dpt. Tetapi sbgai seorg muslim kita mestilah sentiasa bersyukur ngan ape yg ade..dlu time sek men tihat de ramai kwn. Tetapi ble sme dh msk 'u' dh krg berhubung so msg2 ngan hdp msg2..tetapi x semestinya jauh n x nmpak dimata kteorg dh terpts kwn. Diaorg sme ttp d'hati tihat..miss u all frenzzz.. 

sahabat tihat time kt SMASZA dlu......
   Hidup ni kan cm roda..jap kita kt atas jap kita d'bwh so kita x bleh la mgutuk atau m'hina org sesuka hati kita. Klu kwn kita de wat silap tgurlah die n bimbing die ke jln yg benar. Cm2 gak ngan kita, trimalah ape2 sje komen yg d'brikan oleh kwn kita..brulah hdp kita bhagia..
ngan kak yani kt puncak vista...

  Gambr ni de lah memory ngan k.yani..skrg ni die dh abis blaja n ngah praktikal. Dlu die slalu tolong tihat..temankan tihat,nasihatkan tihat,n bnyk lg la..ble boring kteorg slalu p lepak2 sme2..tempat yg slalu kteorg lepak mestilah kt perwaja..kt s2 duk kt bwh pokok rse cm best sngt..damai je.Duk mkn2 n borak2 hlgkan penat blik dr klas..tp skrg dh x de dh sme 2. Blik klas trus blik bilik coz x de teman la nak p lepak2 nantikan duk sorg2 kt s2 bhaya plak..mklumlah prempuan bknnya perasan cantik tp 2 la..hehe. Selain dr lepak kt perwaja kteorg slalu p tasik amik angin petang smbil2 2 usyar2 org berkayak n joging. Seronok btl la klu diimbas kembali memory saat 2.alaa..rindunya kt k.yani..btl la org ckp rindu 2 kn fitrah manusia.Sme org pun merasainya x kiralah rindu kt siapa pun yg pasti mustahillah manusia x pernah rse rindu..Btl x???tanyalah dri sndri..

Thursday, August 19, 2010

my family


nilah keluarga yg pling tihat syg...hanya kt dunia ni je kita boleh mnyayangi mereka.oleh i2 sme2 menyayangi kluarga erk..hdp hanya skali so jgnlah sia2kan hdp ini..jgn plak nanti ble mreka dh x de brulah terhegeh2 nak nangis n mngenangkn mrk. Asas kpd ksejahteraan kluarga adalah bermula dr ahli2 dlm kluarga tersebt bknnya hanya drpd seblah pihak shj. Setiap dr anggota kluarga perlu tau peranan msg2.ayhnya adlh pemimpin kluarga n maknya pula pembantu ayhnya.anak2 pula mestilah ikut n taat kpd kdua ibubapa spy x akn ade ank derhaka. Ibu n bapa perlulah menjadi role model kpd ank2. cnthnya jika diorg mnyuruh ank2 tunaikn solat mestilah diorg jg ken solat bknnya stkat pndai mnyuruh aje. Sem ni tihat de amik sbjek tentng kluarga so bnyklah yg dpt tihat pelajari dr sbjek 2. Seronok gak walaupun klas 2 just 11 org je. bnyak isu n hal2 yg berkait ngan kluarga dibncngkn dlm kls 2. Kdg2 terfkr gak yg ssh jgak erk nak kawin ni..hmmmm..perlukan ksbran n toleransi. x sme yg snggup hadapi sme ni sbb 2 la ramai yg kawin n ramai jgak yg bercerai.pas bercerai timbul la plak isu sosial yg dhadapi ank2 mreka.kcian kn??ank2 yg spatutnya d'didik ngn penuh ksh syg ttpi terbiar n suvive ikut cre sndri. golongan2 ini sptutnya d'bimbing supaya x tersalah arah tjuan. rugilah sesebuah negara jika generasi mudanya ramai tetapi terlibat ngan mslh sosial. dengan i2 siapa yg nak truskan majukan negara??ayuh la pemuda n pemudi sme2 bangunkan negara n jgn biarkan negara kita dijajah skali lg. cba terapkan nilai2 yg baik dlm dri sndri supaya akn timbil perasaan cintakan negra..betapa sshnya kita untuk mndptkan kemerdekaan so x kn la nak merasainya skli lg..x snggup r..perang sne sni..ish..dahsyat..klu x nak sme ni terjadi didiklah anak supaya mreka menjd anak yg soleh n solehah..didiklah dgn didikan agama..insyaallah ank2 n kluarga pasti akn hdp dgn bhgia n aman...

Yesssssssssssssss!!!!!!!!!!

Akhirnya blog ini berjaya dibuat dengan jayanya....trima kasih kepada adikku yg tersayang krn berhasil jgak buat blog ni..thanks ya..huhu.lpas ni bleh la hlgkan boring ngan blog ni..