Cinta adalah satu perasaan yang lahir dari hati yang dianugerahkan oleh Maha Pencipta. Setiap manusia akan merasai cinta tetapi berbeza dari perspektif masing-masing bagaimana untuk merasai dan mendalami cinta itu sendiri. Cinta itu sendiri terlalu luas. Apabila dikatakan sahaja pasal cinta mestilah kita terbayangkan kasih sayang seorang lelaki kepada seorang wanita dan sebaliknya tetapi adakah setiap cinta itu akan mengecapi kebahagian sehingga ke jinjang pelamin seperti yang diidam-idamkan oleh setiap manusia. Kita sebagai khalifah dimuka bumi ini telah diberi pilihan utuk mengatur hidup sendiri mengikut syariah Islam. Cinta mengikut Islam adalah kerana Allah S.W.T semata-mata,bukannya kerana nafsu yang selalu tidak cukup dan ingin yang lebih dari orang lain. Di dalam dunia hari ini, manusia terlalu obses dengan cinta sehinggakan mereka fikir demi cinta mereka sanggup melakukan apa sahaja. Mereka berpendapat cinta itu betul-betul membahagiakan.Seperti kata penulis barat Harry Emerson Fosdick yang bermaksud“kepahitan memenjara kehidupan, cinta membebaskan,kepahitan melumpahkan kehidupan,cinta memberi kekuatan,kepahitan mendukakan kehidupan,cinta memaniskan,kepahitan menyakitkan kehidupan,cinta menyembuhkan,kepahitan membutakan kehidupan, cinta mencelikkan”.
Cukupkah hanya dengan cinta, kita akan mengecapi kebahagiaan?cukupkah hanya dengan cinta, kita akan mendapat kepuasan dalam kehidupan?cukupkah hanya dengan cinta, kita akan mendapat keluarga yang bahagia dan sempurna?. Sama-samalah kita renungkan adakah kita akan dapat semua ini hanya dengan cinta yang tidak mengikut syariah. Islam juga membolehkan bercinta tetapi mengikut syariah bukannya mengikut hawa nafsu. Dengan bercinta kerana Allah S.W.T kita akan mendapat cinta yang hakiki bukannya cinta yang menyakitkan dan mengecewakan kita. Baru-baru ini Malaysia dikejutkan dengan satu fenomena iaitu pembuangan bayi. Ini semua terjadi kerana wujudnya cinta yang terlarang dan didorong oleh nafsu. Remaja-remaja yang terlibat ini ingin merasai nikmat bercinta tetapi tersalah landasan. Banyak faktor yang menjadi punca kes-kes seperti ini berleluasa contohnya kurang didikan agama dan perhatian dari keluarga. Sekarang adalah zaman serba moden dan canggih, maka setiap ibu bapa akan berusaha yang terbaik untuk memberikan kemewahan kepada anak-anak tetapi mereka terlupa bahawa tiang utama pendidikan adalah didikan agama bukannya didikan sosial atau teknologi. Apabila seseorang remaja banyak didedahkan dengan ilmu agama,maka mereka akan sentiasa berwaspada dan takut pada dosa dan neraka. Tanpa didikan agama kita semua akan hanyut dalam dunia sendiri. Cinta sebenarnya tidak salah tetapi manusia yang tidak tahu untuk menghayati dan memahami semuanya. Selain pembuangan bayi, kes perceraian juga semakin berleluasa. Ini semua berlaku kerana tersilap dalam memilih cinta atau tersalah faham erti cinta. Dengan ini terbuktilah bahawa cinta itu buta. Demi cinta kita menjadi buta dalam memilih yang mana terbaik untuk hidup kita. Sebagai contoh berkahwin atas dasar cinta tetapi tidak kerana Allah S.W.T dan selepas kahwin mulalah berlaku salah faham tetapi tidak ada kesabaran dan ilmu untuk mengatasi atau menyelesaikan masalah tersebut maka akan berlakulah perceraiaan.
Kesimpulanya adalah cinta tidak akan merosakkan individu yang mengikut syariah dan beriman kepada Allah S.W.T. Jika kita menghayati cinta itu dengan cara yang betul, kita akan dapat menikmati cinta sejati dan hakiki. Dua orang yang saling berkasih sayang kerana Allah S.W.T semata-mata adalah tergolong di dalam golongan yang dilindungi (Hadis sahih Bukhari). Ingatlah satu perkara iaitu cintakan bunga,bunga akan layu,cintakan manusia,manusia akan mati dan cintakan Allah S.W.T itulah cinta yang hakiki.
cinta i2 bgtu indah seandainya berlandaskan syariah..
ReplyDelete