Monday, December 13, 2010

Hanya kamu..


Tahukah dikau aku menyintaimu
menyayangimu setiap detik waktu
merinduimu suatu tugas baru bagiku
walaupun ku tahu itu hanya perasaanku

Tahukah dikau sentiasa aku doakan
semoga berbahagia dengan insan pilihan
bukan niatku meminta belas kasihan
cuma setakat ruang sebagai teman

Tahukah dikau aku merasakan
engkau insan yang kupendam perasaan
tapi apakan daya ketetapan tuhan
semua kepahitan itu harus ku telan

hari-hari yang telah kulalui bersamamu
akan kusimpan ke akhir hayatku
menjadi kenangan terindah hidupku
walau kamu bukan ditakdirkan untukku

Teman tapi mesra..

Teman,
tanpa disedari sudah lama kita menyepi
tanpa disedari diri kini sedang merindui
tanpa disedari hati ini tertanya sendiri
di mana dikau wahai sahabat sejati

Teman,
ingin sekali ku bicarakan kalimah misteri
yang selama ini kupendam sendiri
diharap dikau sudi menemani
diri ini yang sentiasa menyendiri

Teman,
hati ini begitu terseksa kini
menghadapi hari tanpamu di sisi
walaupun ku tahu engkau mengerti
kita sebenarnya sama-sama melukai

Teman,
andai dirimu tahu kenapa menyendiri
andai dirimu tahu apa yang terbuku dihati
andai dirimu tahu apa yang tersimpan kini
adakah aku engkau hargai

Teman,
cukuplah sampai di sini
jangan dicipta kenangan dan memori
andai ia tidak akan membawa erti
pada diri ini yang setia menanti

liku-liku kehidupan..

Berjalan-jalan tepi paya,
terserempak dengan kwn lama,
kalau kita asyik berpoya-poya,
sampai bila akan berjaya.

ke sana sini asyik berdua,
berdating sakan sampai ke petang
kalau dah kemaruk sakan bercinta
ajaklah family datang berbincang

muda mudi berpoya sakan
hinggakan lupa hari mendatang
bila ditegur rakan dan taulan
dianggap kita sibuknya memanjang

makan ubi ketika hujan
syoknya sehingga menjilat jari
apa nak jadi sahabat sekalian
berjam-jam fb tanpa sedari

cukup hanya sampai di sini
diharap kita berjumpa lagi
semua ini hanya untuk dikongsi
salah dan silap kekurangan diri ini

Tuesday, December 7, 2010

exam yg begitu complicated!!!!

Exam start 23/11/2010...smenya berjalan ngan lancar sampailah satu subjek yg susah sngt bagi tihat..huhu.ape lg klu bkn ekonomi..tetapi semuanya bkn penghalang tuk study n trus study smpaikan ketitisan waktu yg terakhir..tibelah waktu tuk menjawab exm..hanya yg mampu tihat lafazkan adalah bismillahi tawakaltul ala Allah..smge smuanya berjalan lancar..insyaallah ade rezeki luluslah dengan cemerlang n jika sebaliknya hanya Allah S.W.T yang tahu ape hikmahnya..setakat ini tggl lagi 2 paper yang perlu tihat tempuhi iaitu 11 arbln n last skali 12aribln..selepas 2 insyaallah tamatlah kisah hidup tihat sebagai siswi di UUM..perjalanan hidup ni akan diteruskan untuk praktikal di UNISZA..diharapkan semuanya berjalan lancar..Amin. kepada semua sahabat2 yg sama akan praktikal diharap semuanya berjalan dengan lancar.
sebagai hamba Allah S.W.T kita perlu sentiasa berusaha dan berdoa supaya kita sentiasa mendapat redha Allah S.W.T. samalah juga dengan belajar. sebagai pelajar kita harus berusaha + berdoa + tawakal n yang paling penting adalah redha dengan ketentuan yang telah Allah S.W.T tetapkan untuk kita. Islam begitu indah. tiada yang menyusahkan dalam Islam..semuanya adalah untuk kebaikan semua umat manusia. sesiapa yang berusaha insyaallah akan mendapat kejayaan. memang cukup senang untuk berbicara tetapi sukar untuk melakukannya. tihat akui semua itu tapi pengalaman menjadi seorang student cukup memberikan tihat seribu makna dalam kehidupan. benar apa yang dibahaskan oleh orang2 terdahulu. apabila kita mendapat kegagalan orang selalu memandang rendah kepada kita tetapi pernahkah kita berfikir bahawa siapakah manusia ini yang tidak pernah ditimpa musibah??sedangkan kekasih Allah S.W.T sendri pun diuji dengan ujian2. dengan itu tidak sepatutnya kita menghina atau merendahkan orang lain. bagilah semangat yang mana dia boleh menerimanya dan boleh menjadikan dorongan untuk teruskan usaha. hanya orang yang berusaha kan merasai nikmat sebuah kejayaan. Insyaallah..Allah S.W.T sentiasa dengan hambaNya yang taat dan beriman. Allah S.W.T tidak akan memberi ujian kepada sesiapa yang tidak layak untuk memikulnya..dalam surah Al-Imran ayat 139 Allah berfirman yang bermaksud "janganlah kamu lemah dan janganlah pula berdukacita, sedangkan kamu orang2 yang lebih tinggi jika kamu orang beriman". sama2lah kita hayati ayat ni dan jadikanlah ia sebagai semangat dalam menjalani kehidupan seharian. tiada manusia yang diuji untuk kegagalan dan tiada manusia yang dijadikan untuk gagal.




Sunday, December 5, 2010

Tinggal beberapa ari lagi tuk tggalkan kamu,kamu n kamu...


semuanya menuju ke bas tuk ke destinasi sterusnya..

sudah 3 thn lbh mengenali mereka semua. banyak kenangan yg tercipta antara kami. ade ske duka hdp bersama..semua itu akn tggal kenangan dalam beberapa hari aje lg. ape yg penting semua yg dilalui terpahat diingtan dan x akn dilupakan smpai bile2..diharap kamu semua juga begitu. yg paling terasa semestinya lah ngan roomate sendri.dah la org johor lagi lah ssh tuk berjumpe tetapi sme 2 x kn jd penghalang coz teknologikan canggih.mcm2 cara ade tuk berkomunikasi..hanya depend pd individu je nak contact each other or not. pada 23 oktober yg lalu kteorg de mngadakan dinner tuk yg bakal meninggalkan UUM. walaupun x semua yg sem last join tp ok la. bermula dr pg kami kluar dr UUM menuju ke taman Lye Huat Garden yg terletak di napoh. x jauh pun dri UUM. kt dalam 2 ade mcm2 termsk la mini zoo..seronok sngt tp penat jgak la coz time 2 panas sngt. smpai sakit kepala tp enjoy coz ngan kwn2 yg sporting..

2 'T' with 1 'S'
pas slme 2 jam kt cne kami teruskan perjalanan ke padang besar tuk shopping2 plak.nasib kami krg baik kerana sampai je kt sne hjan lebat sngt so x syok la nak jln2..last2 kteorg duk rehat kt surau je smbil tggu hjan berhenti. pas2 kteorg truskan p masjid negeri tuk tkar pakaian tuk dinner plak. dinner 2 diadakan di hotel sea view yg terletak di kuala perlis. sblum bertolak ke hotel kteorg berhenti di kuala perlis tuk bergambar. time 2 subhanallah cantik sngt pemandangannya. dengan langitnya yg tenang..bestnya time 2.rse nikmat sngt..
 
jejaka2 hndsme ngah fkrkn mse depn..hehehe
 
menghayati angin petang n ciptaan Allah S.W.T
cantikkan tempat ni..best tuk mencari ketenangan..sory coz x de plak gmabr matahari terbenam..andai tgk gmbr 2 lg cantik. time2 cmni air dh surut n anginnya pun bleh thn la..bleh terbang sme yg ringan2..hehehe. pas2 kami trus p hotel..pas solat maghrib trus p dewan majlis tuk truskan mjlis la..makanannya bleh la tahan. time 2 smenya cantik2 n hndsme2..besela nme pun dinner kn. majlis dimulakan dengan ucapan penyelaras iaitu dr.aziz n truskan dengan penyampaian sijil dekan n strusnya acara yg dinantikan iaitu of coz la makan..hahaha..msg2 mkn bkn main lg. smbil2 mkn pemilihan ahli jwtn kuasa alumni kelab muamalat diadakan..selepas smenya selesai smenya bergambar kenangan.bkn senang nak dtg s2 kan. walaupun x brape ok tp kira ok la..menarik la jgak.. 
ni gmbr sme yg join..
 
ngah syok mkn or ngah buat2 mkn ni..hehehe.
 bile tgk blik sme gmbr2 ni mesti senyum sendri coz smenya de style time bergambar..lawak la plak..hehehe


ape yg diaorg fkrkan pun x tau la..tp pose yg menarik.
kenangan bersama kamu semua akan menjadi kenangan terindah dalam hidup tihat..semoga selepas ni kte akan berjumpa lagi..andai hati pernah disakiti, jgn d'tabur prasaan benci..andai perasaanmu pernah terguris seribu rasa, jgnlah aku dipinggir jauh..andai matamu pernah menangisi sebuah kedukaan, jgnlah dibuang perhubungan yg pernah hadir antara kita..andai kehadiranku ini..pernah menyusahkan hidupmu, kuhanya mampu mengungkap kata maaf..andai kenangan itu sering buat kamu bersedih..lupekanlah mungkin aku hanya satu beban..namun menyayangi tidak pernah luntur dihati, akan sentiasa tersemat walaupun aku tiada lagi..salam penuh kenangan dari tihat..


UKHWAH ITU INDAH JIKA IA DISULAMI DENGAN KASIH SAYANG BERLANDASKAN ISLAM DAN HANYA KERANA ALLAH S.W.T..INSYAALLAH TIADA PERMUSUHAN DAN KEHANCURAN DALAM HIDUP BERMASYARAKAT..AMIN