Exam start 23/11/2010...smenya berjalan ngan lancar sampailah satu subjek yg susah sngt bagi tihat..huhu.ape lg klu bkn ekonomi..tetapi semuanya bkn penghalang tuk study n trus study smpaikan ketitisan waktu yg terakhir..tibelah waktu tuk menjawab exm..hanya yg mampu tihat lafazkan adalah bismillahi tawakaltul ala Allah..smge smuanya berjalan lancar..insyaallah ade rezeki luluslah dengan cemerlang n jika sebaliknya hanya Allah S.W.T yang tahu ape hikmahnya..setakat ini tggl lagi 2 paper yang perlu tihat tempuhi iaitu 11 arbln n last skali 12aribln..selepas 2 insyaallah tamatlah kisah hidup tihat sebagai siswi di UUM..perjalanan hidup ni akan diteruskan untuk praktikal di UNISZA..diharapkan semuanya berjalan lancar..Amin. kepada semua sahabat2 yg sama akan praktikal diharap semuanya berjalan dengan lancar.
sebagai hamba Allah S.W.T kita perlu sentiasa berusaha dan berdoa supaya kita sentiasa mendapat redha Allah S.W.T. samalah juga dengan belajar. sebagai pelajar kita harus berusaha + berdoa + tawakal n yang paling penting adalah redha dengan ketentuan yang telah Allah S.W.T tetapkan untuk kita. Islam begitu indah. tiada yang menyusahkan dalam Islam..semuanya adalah untuk kebaikan semua umat manusia. sesiapa yang berusaha insyaallah akan mendapat kejayaan. memang cukup senang untuk berbicara tetapi sukar untuk melakukannya. tihat akui semua itu tapi pengalaman menjadi seorang student cukup memberikan tihat seribu makna dalam kehidupan. benar apa yang dibahaskan oleh orang2 terdahulu. apabila kita mendapat kegagalan orang selalu memandang rendah kepada kita tetapi pernahkah kita berfikir bahawa siapakah manusia ini yang tidak pernah ditimpa musibah??sedangkan kekasih Allah S.W.T sendri pun diuji dengan ujian2. dengan itu tidak sepatutnya kita menghina atau merendahkan orang lain. bagilah semangat yang mana dia boleh menerimanya dan boleh menjadikan dorongan untuk teruskan usaha. hanya orang yang berusaha kan merasai nikmat sebuah kejayaan. Insyaallah..Allah S.W.T sentiasa dengan hambaNya yang taat dan beriman. Allah S.W.T tidak akan memberi ujian kepada sesiapa yang tidak layak untuk memikulnya..dalam surah Al-Imran ayat 139 Allah berfirman yang bermaksud "janganlah kamu lemah dan janganlah pula berdukacita, sedangkan kamu orang2 yang lebih tinggi jika kamu orang beriman". sama2lah kita hayati ayat ni dan jadikanlah ia sebagai semangat dalam menjalani kehidupan seharian. tiada manusia yang diuji untuk kegagalan dan tiada manusia yang dijadikan untuk gagal.
No comments:
Post a Comment