Monday, September 13, 2010

Beraya sakan..

     Aidilfitri dah menjelang, tahun ni tihat dan keluarga beraya di Kelantan. Kami bertolak dari rumah selepas solat hari raya. Sebelum bertolak kami bersalam salaman dan ziarah menziarahi jiran tetangga. Maklumlah time raya ni jela boleh berjumpa. Selain 2 cam bese amik gambar satu family tapi sayang coz abuya je yang x de. Tahun ni abuya solat raya kat masjid Putih bersama dengan kawan lamanya so dia x de la bersama kitaorg. Bila dia balik kteorang trus mulakan perjalanan ke Kelantan.
Gambar 1 family x de so amik satu2 gambar la. Ok la 2 coz gmbr2 ni semua pada pagi raya x de pun yang gambar lama. Kat bawah ni plak gambar kuih raya. X banyak pun yang buat sendiri, kuih tunjuk n bayar je. Raya tahun ni special ckit coz tihat buat kuih sendiri tapi banyak yang hangit..hehe. Semua ketawakan tihat tp ok la coz tihat mencubakan ( nak sedapkan hati..hehe). Tihat de buat dadih, kek, cornflakes madu n butter cookies. ok la 2 kan. Tahun depan plak cuba resepi yang lain. Tahun ni permulaan buat kuih so buat yang simple2 je. Simple2 pun hangit jugak maklumlah first time. Seronok jugak coz de pengalaman buat kuih hangit pas2 paksa adik2 makan..haha. Masa 2 terasa putus asa jugak la tapi bila fikir elok2 buat pe nak putus asa sendiri yang buat salah kan. X de pun manusia yang x gagal so terimalah seadanya. Memang terasa jugak bila de yang perli2 tp anggap je semua 2 gurauan bukan amik ati pun. 
Kepada semua yang baru nak belajar buat kuih janganlah cepat berputus asa kerana sesiapa yang cepat putus asa dia adalah orang yang rugi. x salah kalau gagal buat kali pertama kerna kita boleh jadikan sebagai pengajaran. Bila dah berkali2 gagal insyaallah akan terasa betapa nikmatnya kegagalan yang pernah kita lalui. Dengan kegagalan i2 lah kita akan jumpa kejayaan. Pedulikanlah apa yang orang cakap tentang kita. Anggaplah semua i2 cabaran. Orang yang suka mengutuk 2 pun bukanlah pandai sangat, dia pandai komen n mengutuk je. 

Thursday, September 9, 2010

Pantun Lebaran 2010.



Anak itik cari makan,
Cari makan di tepi jalan,
Salam lebaran Tihat ucapkan,
Kepada sahabat, rakan dan taulan.

Adik bermain dengan abang,
Bermain bola di tengah padang,
Hari Raya sudah menjelang,
Apa lagi datanglah bertandang.

Bunga mawar bunga kemboja,
Terletak elok di atas meja,
Mari semua bertakbir raya,
Semoga lebaran lebih sempurna.

Hari ini last puasa,
Esok sudah mau raya,
Jangan kita buang masa,
Bersedialah send mesej raya.

Fatihat Ramli nama diberi,
Berpantun hanya sampai disini,
Tiba masanya mengundur diri,
Salam Aidilfitri ikhlas dari hati.

p/s: Salam Lebaran & maaf zahir batin drpd tihat dan keluarga untuk semua yang mengenali kami.


Tuesday, September 7, 2010

Buat sahabat yang bergelar Muslimah..

    Sebagai seorang muslimah Islam kita seharusnya menjaga peribadi sebagai muslimah. Tihat akui diri ini juga manusia biasa yang sering lalai dan leka dengan dunia. Kita boleh jadikan pengajaran dengan melihat gelagat gadis-gadis zaman sekarang. Semuanya gemarkan fesyen dan trend pakaian yang terbaru termasuk jugalah diri ini. Tidak salah untuk berfesyen tetapi perlu tahu batas2 agama. Memang semua orang ingin tampil cantik lebih2 lagi dah nak raya ni. Janganlah berlebih lebihan dalam berfesyen. Memang diakui sebagai perempuan kita nak orang lihat kita cantik dan berseri2. Tihat nak kongsi 1 petua tuk sentiasa nampak muda dan berseri-seri. Amalkanlah slalu ye.
  • Apabila bangun pagi sentiasalah baca doa bangun dari tido n senyum.
  • pas2 jangan tgk cermin dahulu tetapi terus cuci muka dan sebelum sapu air ke muka selawatlah sebanyak tiga kali.
  • ulangilah step ini setiap kali bangun tido insyaallah berjaya.
  • selain itu sentiasalah berwudhuk dan sembahyang sunat. Orang yang taat dan rajin beribadat kepada Allah S.W.T akan nmpak cahaya keimanan di wajahnya. Semoga kita tergolong dalam golongan ini. AMIN.
     Selain bab berfesyen, kita juga lalai dalam cinta. Orang slalu cakap yang sesiapa tidak pernah merasai bercouple tidak akan faham hidup pasangan yang bercouple. Tihat pernah bertanya kepada kawan tihat yg bercinta "mengapa perlu ada sentuhan dalam couple" maksud tihat di sini kenapa kebanyakan yg couple pegang2 tangan dan berkelakuan seolah2 sudah kahwin. Pas2 hanya tiga patah perkataan yang dia jawab. Dia kata tihat x faham. Tihat trus terdiam dan menjawab lagi klu cm2 biarlah tihat x de couple. Dia hanya tersenyum. Time 2 tihat berumur 19 tahun. Tihat selalu ngan lelaki kerna adik beradik tihat ramai lelaki dan semuanya dah besar panjang. Diaorang same je dengan kita ade perasaan dan hati so kita janganlah sakitkan hati diaorang walaupu kita tidak suka kepada mereka. Kalau kita sebagai perempuan x mo jaga nama baik sendiri kenapa nak salahkan pihak lelaki pula. Seperti kata abuya tihat kalau dah sekali lelaki berani sentuh kita bermakna lelaki tu bukanlah lelaki yang baik tuk kita. So, faham2 sendiri la. Perempuan pun salah jugak klu dh lelaki try2 nak sentuh kita kenapa nak baik hati bagi plak. Jual la mahal sikit barulah kita ni seperti permata yang berkilauan. x rugi pun klu x disentuh lelaki sebelum kahwin. Memang la nanti de yang ckp x sporting or kolot tapi kita perlu ingat kita hidup bukan atas nama orang lain so x rugilah x layan mulut orang lain. Orang boleh cakap macam2 tetapi yang akan terima akibatnya diri kita jugak. Betul x??hehe..Kebanyakannya couple yang bermesra sebelum kahwin ni bila dah kahwin lain plak jadinya. Dulu sayang abang tetapi selepas kahwin dh jadi ko n aku dan lain2 la. Boleh dikatakan sebelum kahwin semuanya manis tetapi bila dah kahwin semuanya pahit. Kenapa ya? semua bergantung kepada niat kita sendiri. Apa tujuan sebuah perkahwinan sebenarnya. Apa yang kita inginkan dari sebuah perkahwinan. Sebenarnya perkahwinan itu adalah perkongsian bukannya pentas lakonan. Dengan itu suami isteri sepatutnya berkongsi apa sahaja bukan setakat luaran tetapi juga dalaman. Semuanya bermula dengan keimanan kita sendiri. Andai kita kuat pegangan agama insyaallah kita x kan terpesong dari landasan syariah.

Monday, September 6, 2010

Suara hati seorang anak yang kesepian..

Ayah,
pemimpin hidupku,
pemimpin yang akan mengajar aku,
sepatutnya menjadi tauladan kepadaku,
tetapi mengapa aku menjadi mangsa baranmu,
mengapa ayah, mengapa semua ini terjadi padaku,
kau seharusnya menghargai aku,
kerana aku anakmu..

Ibu,
penyeri hidupku,
penghibur dikala kedukaanku,
menjadi pendokong cita-citaku,
tapi sayang seribu kali sayang ibuku,
aku hanya berangan ikutkan impianku,
apakah salahku wahai ibuku,
adakah kerana aku anakmu..

Ayah,
kuinginkan kebahagian seperti temanku,
ditemani ayah setiap waktu tanpa jemu,
ingin ke sekolah mahupun ke ruang tamu,
aku inginkan keadaan sebegitu,
kerana dengan itu ku rasakan aku anakmu,
andai susah menerima aku sebagai anakmu,
mengapa aku dilahirkan sebagai anakmu..

Ibu,
buruk sangatkah anakmu ini ibuku,
susah sangatkah menjaga diriku ini ibuku,
mengapa aku dilahirkan kedunia ibuku,
teringin aku dibelai dan dimanja setiap waktu,
seperti insan lain yang seumur denganku,
menjadikan ibu sebagai idola hidupku,
kerana aku anakmu..



For my all lovely frenzzz..



  • Memories of moments celebrated together....... Moments that have been attached in my heart, forever....... Make me Miss u even more this Ramadan. Hope this Ramadan brings in Good Fortune & Abounding Happiness for u! A blessed month is casting its shadow upon us A night of this month is better than a thousand months Bear with patience for the sake of Ar-Rahman It's a continuous training to strengthen our Imaan.
  • Andai hati pernah disakiti, jgn ditabur rse benci..andai perasaanmu pernah diguris seribu rasa, jgnlah aku dipinggir jauh..andai matamu pernah menangisi sebuah kedukaan, jgnlah dibuang perhubungan yg pernah hadir antara kita..andai kehadiranku ini pernah menyusahkan hidupmu, aku hanya mampu mengungkap kata maaf..andai kenangan itu sering buatkan kamu bersedih, lupakanlah..mungkin aku hanya 1 beban..namun menyayangi tidak pernahluntur dihati, akan sentiasa tersemat walaupun aku tiada lagi..

  • Allah S.W.T menguji keikhlasan hati kita bila kita bersendirian, Allah S.W.T memberi kedewasaan bila kita ditimpa musibah, Allah S.W.T melatih kita dengan kesabaran dalam kesakitan, Allah S.W.T tidak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang kecuali mengantikannya dengan lebih baik..

  • Cinta membuat kita istimewa, Rindu membuat kita terbayang, Sayang membuat kita bahagia, Terluka membuat kita merana, tp Kasih Sayang bermakna selamanya..

Saturday, September 4, 2010

Jom try cookies..hehe




CORNFLAKES MADU COKLAT CHIPS 

Bahan A
 
150 gm butter
 
90 gm gula kastor
 
5 s/b madu
 

Bahan B
 
250 gm cornflakes [ramaskan sikit]
 
100 gm coklat chips
 
100 gm badam cincang panggang
 

Hiasan
 
paper cup kecil
 
coloring rice atau coklat rice
 

Cara
 
1. Panaskan bahan A sehingga butter cair.
 
2. Masukkan Bahan B dan gaulkan rata.
 
3. Sudukan dalam paper-cup kecil.
 
4. Hiaskan dengan coloring rice/coklat rice
 
4. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 8-10 minit.
 
5. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
 
    


BUTTER COOKIES 
        
 Bahan 
135 gm butter 
60 gm gula kastor 
150gm tepung gandum 
30 gm tepung jagung 

Cara 
1.Pukul butter dan gula sehinga sebati. 
2. Masukkan tepung gandum dan jagung yg telah diayakkan sedikit demi sedikit. 
3. Masukkan adunan dalam piping bag roseete [ataupun pam daisy/bunga cina]  dan pamkan dalam paper-cup. 
4. Bakar pada suhu 170'C selama 18 -20 minit.

5. Sejukkan dan simpankan dalam bekas kedap udara. 

Peringatan..


Sebuah peringatan daripada Imam Al-Ghazali yang berkata; "Bila Allah mahu menghalau seorang itu dari "PintuNya" maka Allah menjadikan mereka sentiasa:
  • Berhalangan menghadiri Majlis Ilmu dan zikir. 
  • Berhalangan daripada solah berjamaah di Masjid-masjid. 
  • Berhalangan daripada menunaikan infaq.
  • Berhalangn daripada menghubungkan silatur Rahiim
  • Berhalangan daripada mengingati mati ( dengan disibukkan mereka dengan urusan dunia yang melalikan mereka).

Wednesday, September 1, 2010

Memory Ramadhan..


with frenz at Kuala Perlis..
Berbuka ngan kwn2 kt luar sekali sekala seronok jgak maklumlah smenya dh sem last..huhu.cm sedih la plak..pasni x tau la berkesempatan jumpe lg ke x. yg pastinya pasni sme dh fokus ngan hdp msg2. de yg nak kawin,kerja n bnyk lg la. Time blaja ni jela nak enjoy ngan kwn2. Smlm tihat p berbuka ngan kwn2 kt kuala perlis. Seronok sngt coz time ni blh merapatkan silaturrahim walaupun berlainan bidang. On the way nak p cne mcm2 halangan jgak la coz plan yg first nak p berbuka kt cnglun je tp da yang suggestkan alang2 dh kluar pe slhnya p kuala prlis je. Pas2 kteorg pun discuss la blik. Last2 ok la p kuala perlis gak..kteorg p 2 kete.
ni la muka2 org berpuasa n ngah tggu wak2 berbuka..
Sampai cne trus p order n tangkap2 gmbr. Kt sne ramai sngt org n kebanyakannya student UUM je yg memonopoli mklumlah dh nak cuti so sme amik peluang berbuka kt luar ngan kwn2. Sambil2 cari tempat tuk berbuka kteorg sempatlah tgk cara owner kedai attract their custemors. Smenya senyum n m'ggunakan bhsa yg lembut.

                                     
                                                              Subhanallah cantiknya..

Ngah syok2 bergambar kteorg terpandanglah kt matahari terbenam ni. cantikkn??ms 2 terpegun n takjub sangt. nilah kuasa Allah S.W.T..sme yg dijadikanNya cantik n sempurna. Kita sebagai hambaNya patut bersyukur n menghargai smenya. Bersyukur de banyak cara cnthnya dengan lisan kita memuji dengan menyebut Alhamdulillah, Subhanallah n bnyk lg la. Pas2 ngan perbuatan kita tunjukkan kita bersyukur ngan menjaganya dengan baik. So sme2 lah kita bersyukur.