Ayah,
pemimpin hidupku,
pemimpin yang akan mengajar aku,
sepatutnya menjadi tauladan kepadaku,
tetapi mengapa aku menjadi mangsa baranmu,
mengapa ayah, mengapa semua ini terjadi padaku,
kau seharusnya menghargai aku,
kerana aku anakmu..
Ibu,
penyeri hidupku,
penghibur dikala kedukaanku,
menjadi pendokong cita-citaku,
tapi sayang seribu kali sayang ibuku,
aku hanya berangan ikutkan impianku,
apakah salahku wahai ibuku,
adakah kerana aku anakmu..
Ayah,
kuinginkan kebahagian seperti temanku,
ditemani ayah setiap waktu tanpa jemu,
ingin ke sekolah mahupun ke ruang tamu,
aku inginkan keadaan sebegitu,
kerana dengan itu ku rasakan aku anakmu,
andai susah menerima aku sebagai anakmu,
mengapa aku dilahirkan sebagai anakmu..
Ibu,
buruk sangatkah anakmu ini ibuku,
susah sangatkah menjaga diriku ini ibuku,
mengapa aku dilahirkan kedunia ibuku,
teringin aku dibelai dan dimanja setiap waktu,
seperti insan lain yang seumur denganku,
menjadikan ibu sebagai idola hidupku,
kerana aku anakmu..
~ WELCOME BACK ~
9 years ago
No comments:
Post a Comment